Tuesday, April 27, 2010

akhirnya...


Dilema.... itulah ungkapan yang paling tepat menerjah di lubuk kalbuku buat ketika ini.Di kala aku 'bersedia' untuk bergraduat, termenung dan termanggu diriku di sofa reput, memikirkan masa hadapan yang masih kabur...
Adakah gemilang atau suram?
Inginku kenang kata-kata sorang srikandi, 'enta hebat! enta akan mendapat yang terbaik nanti, teruskan momentum n potensi enta, moga enta mendapat apa yg telah enta kecapi ni '- retorik? atau sebuah pengharapan? doa? iskh..aku tidak memahami apakah yang dimaksudkan oleh beliau...Moga die kuat n sentiasa mendapat rahmat dariNya..Insya Allah.

terngiang2 ditelinga mendengar suara si kucing dek kelaparan- aku segera mendapatkan makanan lalu kuberikan padanya..terukir senyuman bila melihat gelagatnya...-oh inikah yang dinamakan sebagai kasih sayang antara manusia dengan haiwan?alangkah hebat kurniaan Tuhan.

...semoga diriku dapat bergraduat dengan jayanya dan diriku juga 'bergraduat' dengan sepatutnya setelah 6 tahun memunggah ilmu dan debu-debu demi sebuah perjalanan singkat.
Insya Allah

Tuesday, April 13, 2010

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain-Adakah kita seperti ape yang kita katakan? kotakan!!!



kita inginkan yang terbaik untuk diri sendiri...kita maukan yang paling cantik untuk dimiliki, kita mahu jadi sesempurna mungkin, kita impikan sebahagia mungkin...kita mahukan itu dan ini, tapi adakah kita telah bersedia untuk menjadi yang terbaik? adakah kita sudah cukup persiapan untuk menerima yang terbaik? adakah kita telah sempurna ilmu untuk dikongsi dengan orang lain? siapakah kita sebenarnya dihadapanNYA nanti? adakah kita telah sedia menjadi hambaNya yang paling patuh?yang paling sempurna ibadahNya?

Adakah aku yang paling taat kepadaNya? adakah aku yang paling disayangiNya n rasulNya? adakah aku telah melakukan yang terbaik untuk agamaNya? sudah cukupkah sumbangan aku dalam menegakkan n mengarusperdanakan dakwah?
sudah berbaloikah pengorbanan aku untuk menbela kesucian agamaNya?
sudah memadaikah aku dengan kejayaan di mata manusiawi ini sedangkan pada pandangan Allah?
Kemanakah aku selepas ini? dimanakah aku selepas ini? apakah matalamat aku ketika ini? akan datang? setahun lagi?dua tahun? 10 tahun?
adakah dengan bebangga dengan segulung ijazah sudah buatkan aku boleh berpijak megah dibumi Allah ini?
sudah cukup ilmukah aku berlagak dengan lagak sang penguasa dek kerna diberi kekuasaan sejemput itu?

oh..apakan daya..inilah tipu daya syaitan dan nafsu..apakan daya, ku terpaksa menjawab semua solan ni tanpa bergantung kepada sesiapa lagi..aku hanya berdiri pada kaki sendiri..Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku..semoga semua solan ini dpat ku jawab dengan mudah dihadapanMU,
Ameen

Saturday, April 10, 2010

..APCO..ape action kita sebagai Pencinta Agama dan Negara?

..salam semua, bila kita bicara tentang isu semasa, antara yg paling hangat malah hangit adalah berkenaan dgn ISU APCO WORLDWIDE..satu consultant yang dipercayai beragenda dajjal dan mempunyai cita2 utk menghancurkan gerakan Islam di malaysia dan negara yg tercinta ini.

saya yakin dan pasti semua org 'concern' mengenai isu ini, cuma menjadi persoalannya ialah dimana suara kita, suara mahasiswa untuk sama2 bersuara melalak menentang sekuat2nya menghalau consultant ni,seolah2 mahasiswa mendiamkn diri aje...jom same2 kita bantu semua peringkat umur memberi kesedaran bahaya dan bahana membawa masuk ajen yahudi ini.
INSYA ALLAH

Monday, April 5, 2010

camar kelukaan..luka lama berdarah kembali




Di suatu ketika

Pernah kau hinggap ke sisiku

Sayapmu terluka

Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan

Aku mencari segala penawarnya

Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata

Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan

Itulah jua yang ku impikan

Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus

Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan

Ada harga perlu dibayar

Ku menjadi perisaimu

Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar

Kau anggap aku menjadi sainganmu

Tidakkah engkau menyedari persamaan kita

Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian

Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian

Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan

Itulah jua yang ku impikan

Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku

Pergi bersama menongkah arus

Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan

Menduga Nikmat Tuhan...



Ya Allah, ya tuhanku,
berikanlah ku kekuatan, dalam mencari sinar redhaMu..
dalam membantuku melolos diri dari jerangkap duniawi,
bertunjangkan ilmu, berpasakkan aqidah,
aku mencari segala penawarnya..
demi sebuah kejayaan, aku sanggup menjadi satelit dan perisai agamaMu..
kemuncak ..diri ini aku serahkan kepadaMu wahai pencipta..
terbang ke langit menggapai awan

secangkir madu sepinggan hempedu,
hidupku ini, ku mengimpikan sebuah Redha..
Ya Allah makbulkan permintaanku ini
....AMIN.....

..Andai ku tahu

ku tau, diriku ini punyai seribu satu kelompangan,
ku sedar hidupku ini tidak punyai banyak pilihan,
ku mengerti erti kepayahan dek kerana ku merasai sekelumit hempedu,
ku pasrah memikul bebanan maha berat ini dek kerna sebuah perjuangan

tapi....ku yakin..

perjuangan yang ku tempuhi ini pasti punyai pelbagai onak
dan duri kerna harga sebuah keihlasan itu terlalu mahal,
membuatkn ku seolah-olah terus menggagah diri, menjunjung budi, menabur bakti,

sebuah perjuangan....

menang atau kalah..hanyalah poster di dunia...
antara syahid atau menang..ukuran ketaqwaan menjadi pertaruhan
ku rayu,ku seru,

semoga Allah menilai secebis perjuanganku ini sebagai nilai berharga di dunia akhirat kelak.
Insya Allah

Saturday, April 3, 2010

April Fool- natijah mendajalkan istilah



-memetik tulisan Saiful Islam ini, sy yakin dan pasti ramai lagi yg tidak mengetahui natijah sebenar proses pebaratan yg menular di tempat kita ini, same2 kita memahami dan bendung ok!!!

b0141.jpg

“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.

“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.

Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.

“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.

Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.

Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!

BARAT DAN KEPARAT

Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.

Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.

Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.

Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarahApril Fool itu sendiri pun banyak yang fool.

Jelasnya ia fool!

Terungkap pada sabda Nabi SAW:

lubangdhab.jpg

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'


Friday, April 2, 2010




Puisi-puisi dalam buku ini bukan sekadar merimakan sifat peribadi. Banyak puisinya mengajak kesedaran kita untuk merenung isu kemanusiaan – baik isu yang sedang menggelegak di Palestin, atau isu yang meninggalkan parut Berlin dan Bosnia Hezergovina. Tentang Palestin antara lain beliau melakarkan:

Rumah-rumah sudah tiada

tiang ataupun tangga

kami takkan dapat kembali

walau dalam mimpi.

Tentang puisi yang menjadi judul kumpulan ini, Faisal antara lain menurunkan baris-baris berikut:

Apa rahsiamu Nasrallah?

apa yang kaupupuk

pada tentera Hizbullah?

Tauhidmu sekamus dengan tauhidku

selawatmu tak juga asing dari selawatku

jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?

Ingin Jadi Nasrallah merupakan kumpulan puisi pertama Faisal Tehrani. Ia sebuah penerbitan yang menyerlahkan bakatnya sebagai penyair juga. Sebahagian besar puisinya mengandungi pemikiran mendalam yang diperkukuh dengan imejan, metafora serta diksi yang berkesan.

* Sedutan ucapan Dato Dr Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10 di majlis pelancaran enam buah buku Ameen Serve sempena PBAKL 2010 pada 27 Mac 2010 yang lalu.