Sunday, August 22, 2010

Bukan sekadar kata2

masa berlalu dengan seungguh pantas,diriku kini berusia 24 tahun..hanya tunggu mase ntk grad..adakah sudah ku siapkn segalanya ntk bertempur di medan sebanar nanti?
aku mesti teruskn memugar, menggali ilmu,demi kemaslahatan Ummah dewasa ini..
salam perjuangan, salam ukhuwah, salam dari minda startegik, idea konvensional agenda nasional

Syair Syeikh Yusuf al Qardhawi

Syair Syeikh Yusuf al Qardhawi

Bangunlah para petunjuk jalan yang arif bijaksana untuk mengembalikan keadilan
Bangunlah para penakluk yang mulia dan gagah untuk mencapai kemuliaan perkasa

Bangunlah untuk memusnahkan segala belenggu kerana masanya telah tiba
Kerana manusia ditimpa kecelakaan cinta dunia tanpa agama

Marilah kita kembalikan umat, sebagai suatu rahmat bagi seluruh alam
Janganlah kamu berkata; bagaimana? kerana kita ini umat Islam

Wahai saudara Islam di seluruh tempat,
Naiklah ke atas bukit dan laungkanlah azan
Angkatlah al Quran sebagai perlembagaan zaman
Penuhilah setiap penjuru dengan berkata “Kami umat Islam!Kami Umat Islam! Kami umat Islam!
Di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami
Kami rela mati daripada terhina
Alangkah manisnya kematian di jalan Allah!!!