Tuesday, March 30, 2010


Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh dan disulu. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

Buang emak , bunag saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.

Cinta semalam menjadikan ummat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta

Jesteru dalam medan yang pelbagai itu, Ustaz ini memperjuangkan cinta.

Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi
seorang Murabbi

MURABBI CINTA


p/s: hebatnya cinta seorang hamba kepda penciptaNYA

Saturday, March 27, 2010

..Reban Ayam..tanggungjawab yang perlu tunaikan


inilah sahaja teratak reban ayamku yang 1st time dibuat olehku dan para sahabat..bagi memuatkan sebilangan ayam, Insya Allah pada masa akan datang kami akan pelbagaikn lagi spesis dalam reban tersebut.mungkin dengan kehadiran angsa lebih 'memeriahkan' lagi keadaan..Insya Allah


p/s : tanggungjawab terhadap haiwan ternakan juga perlu diambil kira juga.
sebarang perkara kebaikan yang dibuat ,Insya Allah akan dinilali setimpalnya dan begitulah sebaliknya.
haiwan juga reti ntk berdoa kesejahteraan tuannya..so...pandai2la jaga mereka elok2 yer

cantik x sungai ni?? even ku xdpt nak terjun sbb dlm.tp ku mengerti disitu terdapat beratus habitat pelbagai spesis ikan yg cantik2 bkalo..
pemandangan seindah ini mengimbau kenangan di rumahku..

aku bermuhasabah..sebegini indah dunia yang Allah telah sediakan untuk manusia...sedangkan kita semua melakukan kerosakan..apakah itu tanda terima kasih kita kepada Allah??
betapa jahilnya kita...Masya Allah


ini lah hasil kerjaku yang tak seberapa ini.akhirnya siap jugak sebuah tempat berehat yang ku namakan 'gere' ntk daku bersama sahabat2 bersantai di kala waktu luang
....em..bleh je kalo nak wat tmpat meting...hehe

Thursday, March 25, 2010

Ensiklopedia Akhlak Nabi Muhammad SAW.



Buku yang baik untuk rujukan:
Tajuk: Ensiklopedia Akhlak Nabi Muhammad SAW.
Nama Penulis: Mahmud al-Mishri Abu Ammar
Penerbit: Darut-Taqwa Kairo, Mesir
Pengedar: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM290
Kod Produk: TBIN1060
ISBN: 9789793855639
Saiz: 21 x 28 (cm)


buku yang patut dimiliki oleh sesiapa sehaja yang menyanyangi dan mencintai nabi kita, jom usaha untuk miliki bersama

Wednesday, March 24, 2010

...Ya Allah..





YA ALLAH! KENAPAKAH HATI INI BEGITU KERAS UNTUK MENGINGATIMU??MUNGKINKAH JIWAKU SUDAH PENUH DENGAN KEKOTORAN? SETIAP HARI AKU SOLAT, BACA QURAN, TETAPI AKU TAK DAPAT MERASAI KENIKMATAN...BAGAIMANAKAH AKANKU TEMPUHI HIDUP INI?
ADAKAH JIWA INI AKAN DAPAT ENGKAU TERIMA?YA ALLAH! JANGANLAH ENGKAU BIARKAN JIWA INI TERNODA DENGAN KEMAKSIATAN..APALAH DIRI INI TANPAMU, AKU BEGITU LEMAH UNTUK MENGHARUNG GELOMBANG DUNIA INI...YA ALLAH!! KASIHANILAH JIWAKU YANG KERDIL INI...AKU SANGAT MENGHARAPKAN PIMPINANMU, AKU SANGAT MERINDUI BELAIANMU, BANTULAH AKU YA ALLAH! CAMPAKKANLAH CAHAYAMU KE DALAM JIWAKU..YA ALLAH!! APALAH ERTI KEHIDUPAN IN TANPA KEHADIRANMU..APALAH GUNANYA SEGALA YANG KUMILIKI IN TANPA RAHMATMU..YA ALLAH! BERIKANLAH PETUNJUKMU KEPADAKU...AKU TAU BAHAWA PETUNJUKMU ADALAH MAHAL & PERLUKAN BAYARAN, AKU REDHA YA ALLAH..ENGKAU AMBILLAH APA YANG TELAH AKU MILIKI SEMENTARA INI TETAPI CAMPAKKANLAH NURMU KEDALAM JIWA INI..YA ALLAH! HANYA KEPADA ENGKAU TEMPATKU MENGADU, HANYA KEPADAMU TEMPATKU CURAHKAN SEGALA KERANA KU TAHU HANYA ENGKAU YANG DAPAT MEMBIMBING JIWAKU INI...

Mencari Erti Makna Diri


" Someone maybe can't understand what sort of emotions you're gone through, but you don't have to endure everything alone, carry the burden all by yourself, convinced that no one will understand, 'sharing' is what friendship should be"



....mendamba sesuatu bernilai datang 'menyembah' diri, membantu mencari makna diri, mengharap redha Ilahi, tika diri hanyut dibuai arus hidup, secangkir rindu segenggam maghfirah ku utus bersama secawan doa, demi menghapus sekawah noda,
alangkah bahagianya diriku ini...
TQ ALLAH

Saturday, March 20, 2010

Impianku...realiti atau fantasi-nukilan rasa pesona jiwa




diriku...punyai pelbagai impian, dari kecil ku bina sebuah impian, membina satu jambatan, memugar sebuah imaginasi, walaupun daku belum menyakini akan kemampuan sebenar potensi diri ini untuk menggapai impian di langit..
hari demi hari..bulan saban bulan, tahun berlalu tanpaku sedar..diriku kini menginjak ke alam pertengahan remaja..oh alangkah laju masa berlalu, alangkah sekejap kehidupanku..
Impianku masih lagi tinggal impian..ku dambakan sebuah kejayaan yang menggamit sebuah pertemuan pada hari pembalasan...
ku iringi doa pengharapan demi sebuah pertemuan..
aku terus berpencak di bumi subur ini, aku menoleh ke kiri dan kanan, melihat pelbagai ragam manusia yang ku kenali dan tidak, ku dengar hingar bingar tawa dan tangis sebuah pertemuan dan perpisahan..aku teruskan perjalanan demi menggapai sebuah impian.
teori sudah sarat dengan makna makrifat..
kini tinggal hanya berbuat dan melihat, meredah arus menongkah ombak, berbekalkan layar taqwa yang semakin menipis
..aku kelu..kesah, kadang2 bisu..aku terus mencari makna sebuah kehidupan,dalam kebingungan,ku redah jua..membujur lalu melintang patah, semangat dan keramat pendekar mengalir deras dalam benakku..
kenangan, pengalaman, rintihan, keluhan, tangisan, cemuhan, tohmahan menjadi asam garam dalam kehidupan..
ku tahu, ku mengerti dalam mencari maknawi diri, taufan dugaan, tsunami cemuhan terpaksa ku harungi..demi sebuah kehidupan..itulah realiti kehidupan insan bernama daie
- nukilan rasa gelora jiwa insan bernama Mohd 'Izzat Mohd Zubir