Monday, March 15, 2010

Felda perkenal program Pelajar Harapan Felda- Agenda disebalik projek


- tgok!!!! satu strategi terancang yang telah dilakukan oleh golongan mereka yang berkepentingan untuk menggunakan ruangan ini begi mengukuhkan cengkaman penguasaan di Felda. Pada pandangan saya, jika tidak dilakukan sesuatu untuk menangani 'serangan akademik' ini, penguasaan terhadap tempat berkepentingan akan semakin lemah dan para pelajar sekolah sekali lagi akan digunakan sebagai 'aset pencabulan' paling ampuh.


Felda perkenal program Pelajar Harapan Felda

DUNGUN 14 Mac - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengambil langkah proaktif memperkenalkan program Pelajar Harapan Felda (PHF) dalam usaha melahirkan pelajar terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di peringkat negara di kalangan anak peneroka Felda.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, program itu yang dilaksanakan menerusi Yayasan Felda dilancarkan untuk membuktikan kepada masyarakat di negara ini bahawa generasi Felda juga mampu tersenarai sebagai pelajar terbaik SPM negara.

"Saya rasa ini merupakan program pertama seumpamanya yang dijalankan oleh agensi kerajaan di negara ini dan walaupun sebelum ini kita telahpun berjaya melahirkan ramai golongan profesional di kalangan anak peneroka, namun ia harus diteruskan.

"Kerana itulah menerusi program ini, kita memilih 30 pelajar tingkatan satu dan empat yang terbaik di kalangan anak peneroka Felda di seluruh negara setiap tahun untuk kita gilap dan bantu mereka sehingga berjaya menjadi pelajar terbaik SPM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program PHF dan Majlis Penutup Kem Kecemerlangan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM di Felda Kerteh 3 di sini hari ini.

Menurutnya, pelajar yang terpilih itu akan dipantau secara berkala berkaitan kemajuan pembelajaran serta persekitaran kehidupannya oleh sebuah sekretariat yang disertai oleh kalangan generasi baru Felda yang telah berjaya menjadi golongan profesional.

"Kita bukan sahaja memberi fokus kepada pelajar berkenaan tetapi juga kepada kehidupan pelajar ini, keadaan di rumah, keadaan emak dan bapa mereka, serta komen guru tentang pembelajaran mereka di sekolah.

"Pelajar sebagai objek utama, dibantu oleh ibu bapa dan guru. Saya percaya ini dapat membantu mereka jadi pelajar terbaik, bebas dari masalah kesihatan dan kewangan sekaligus mampu merealisasikan hasrat Perdana Menteri yang mahu generasi baru Felda yang berjaya," katanya.

Beliau berkata, pelajar yang terpilih bukan sahaja akan diberikan bantuan pembelajaran seperti tuisyen tetapi juga bantuan kewangan, motivasi dan kem-kem kecemerlangan dari masa ke semasa sehingga mereka mengambil peperiksaan SPM.

Menariknya, sejumlah insentif juga akan diberikan kepada ibu bapa dan guru yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang negara di kalangan pelajar terpilih itu, katanya.

Dr. Mohd. Yusof berkata, secara purata hampir 15,000 anak peneroka Felda mengambil peperiksaan SPM setiap tahun. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment