Monday, May 24, 2010

taubat seorang hamba

sambungan...taubat nasuha! antara teori dan praktikal

Telah termaktub namaku, rezekiku, hayatku, jodohku dan beberapa hal lain di loh mahfuz,
ku hanya mengetahuinya bila mana ku alami, bila tiba saat dan ketikanya,soal hidupku ini,
akan pasti dihisab suatu masa nanti,aku mengerti, sangat memahami akan sekalian ingatan kudus itu,
tapi bila tiba masa aku diuji, aku rase sesak, lemas, bungkam, rimas dengan sikapku yang acuh tak acuh,
seolah-olah tiada upaya menahan peluru ujian ini, tiada yang lebih menyeksa diriku selain ejekan, tohmahan,
pukulan k.o daripada insan yang ku kagumi, insan-insan yang ku ratapi, insan2 yang ku dokongi,
aku bingung....ade ketika aku cuba menelan bait2 lontaran kata2,bilaku tenung,bila ku renung ku dapati ianya mungkin adalah
terjemahan sikap terhadapku..aku bermuhasabah,aku bermonolog..aku nak sangat insaf..aku nak sangat berubah,
aku nak sangat maju ke hadapan..apakah yang perlu aku lakukan??

semalam aku sempat berkongsi pendapat dengan seorang sahabat yang ku panggil adik..aku bertanya padanya berkenaan perspektif taubat nasuha,
dikala mana aku bertanyakan beliau, dia terus menjawb..bukanlah mudah untuk menterjemahkan taubat yang sebenar2nya itu,taubat ini ade 2 syaratnye..
pertama adalah menyesal dengan perbuatan yang telah dilakukan dan kedua berjanji tidak akan mengulanginya kembali..fuh!! mudah aje dgrnye..just 2 aje syaratnye.
tp aku merenung dalam2 kata2nya tadi..ku amati baik2 suara tersebut, ikhlas bunyinya..aku tersentak..

siapakah diriku ini sebenarnya?? adakah aku telah mengenal makna diri??adakah aku telah mencapai potensi diriku yang sebenar??
adakah aku telah menjadi manusia yang benar2 bermanfaat kepada manusia??oh..tidak...
aku belom lagi memenuhi kretirea2 tersebut..tapi persoalanya bila? 10 hari lagi?? 10 minggu lagi?? 10 tahun lagi???
aku tidak pasti..aku tidak jamin, tapi aku nekad n azam nakkan perubahan, perubahan yang akan mengubah sikapku, paradigmaku, Ya Allah..
Engkau tunjukkanlah jalan kepadaku..tlgla..

ku harap dan ku cube menyakini akan solatku, ibadahku, hidupku, rezekiku, jodohku, matiku..hanyalah kerana Allah s.w.t..ameen

24 mei 2010
1.12 ptg
sabasun

2 comments:

  1. Telah disepakati bahawa taubatlah yg semestinya menjadi faktor " pemula" atau mukadimah dlm rangka perjalanan pulang seorang salik (pengembara)menuju Allah SWT. Taubat itulah yg semestinya menjadi gunung pertama utk didaki oleh para salikin sblm pendakian gunung-ganang lain yg sdg menanti-LEMBUTKANLAH HATIMU

    ReplyDelete
  2. inna ALLAha wasi3atu maghfirah...

    pintu keampunanan ALLAH luas...

    ReplyDelete